Friday 28 February 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELURGA': BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak (Keluarga)

[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa Setiap Hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

Cerita Berkaitan Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak Bertajuk 'Keluarga'

Alim ialah seorang budak yang baik. Dia suka menolong ibu dan bapanya. Tanpa disuruh, Alim sendiri dengan suka hati menolong ibu dan bapa pada setiap hari. Alim membantu bapa mencuci kereta dan menolong ibu membersihkan dapur. Alim juga akan membersihkan kawasan rumah bersama-sama Abang Imran, kakak Madinah dan Aisyah pada setiap hujung minggu.
       Setiap tiba musim perayaan, Alim sekeluarga akan bergotong-royong membersihkan seluruh kawasan rumah mereka. Alim dan kakak Madinah juga ringan tangan menolong ibu membuat kuih-muih untuk hidangan hari raya. Abang Imran dan bapa pula akan keluar mencari buluh untuk membuat lemang. Aisyah pula akan turun tangan sekiranya ibu memintanya untuk menolong. Kelurga Alim sangat bahagia kerana melakukan kerja Bersama-sama.
       Tiba malam sebelum raya, Alim berpuas hati dan merasa gembira kerana dapat menolong ibu dan bapa. Alim tersenyum bangga di hadapan ibu, bapa, abang Imran, kakak Madinah dan Aisyah. Alim sayangkan ibu dan bapa. Alim sayangkan abang Imran, kakak Madinah dan Aisyah. Alim juga sayangkan nenek, datuk dan saudara-saudaranya. Alim rasa bertuah kerana sentiasa ada mereka yang menolongnya disaat memerlukan bantuan.

Lukisan Alim sekelurga by me huhu.. :)

No comments:

Post a Comment