Friday 21 February 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

SINOPSIS

Berdasarkan cerita Sosial 2, iaitu Saya yang Istimewa memaparkan keistimewaan watak Alim, seorang kanak-kanak yang suka berkongsi sesuatu benda atau perkara kepada orang lain. Hal ini menimbulkan perasaan sayang dan gembira dalam hati ibu dan bapa Alim serta Mak Cik Timah, ibu kepada Sulaiman.

Cerita bermula apabila bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan tempatan, antaranya rambutan, manggis, durian, langsat duku dan sebagainya. Abang Imran yang melihat bapanya itu pulang dengan membawa banyak buah-buahan terus bertanya di mana buah itu dibeli. Bapa memberitahu buah itu dibeli di Pasar Tani. Setelah itu, bapa menyuruh Abang Imran memanggil ibu, Kak Madinah, Alim dan Aisyah untuk makan Bersama. Sebelum makan, ibu memperingatkan agar sampah dari kulit buah-buahan itu dibuang ke dalam bekas yang telah disediakan. Ketika menikmati kelazatan buah-buahan itu, Alim teringat akan pesan ibu dan bapa iaitu berkongsi barang atau makanan adalah sesuatu perbuatan yang baik. Alim menanyakan kepada ibu untuk berkongsi sedikit buah-buahan itu dengan kawannya, Sulaiman. Ibu yang gembira mendengar pertanyaan Alim terus memasukkan beberapa buah rambutan dan manggis ke dalam plastik merah untuk diberikan kepada Sulaiman. Setelah itu, Alim memberikan plastik yang berisi buah-buahan itu kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Seusai makan Bersama keluarganya, Alim membantu mengemas rumah dan membawa sampah kulit buah-buahan itu ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah lalu menerima ucapan terima kasih dari Mak Cik Timah kerana telah memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Mak Cik Timah mendoakan kesihatan dan kesejateraan Alim sekeluarga kerana keistimewaan sifat yang dimiliki mereka sekeluarga.


Gambar 1: Sebahagian daripada kandungan cerita social Saya yang Istimewa

Rujukan

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment