Friday 14 February 2020

PENULISAN BLOG

10 Cara Menulis Blog dengan Baik

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan Pendidikan.

Perbincangan

Penghasilan sesebuah penulisan blog yang baik dimulai dengan pemilihan tajuk yang menarik agar dapat menarik minat pembaca untuk membaca blog tersebut. Penulisan blog ini juga hendaklah diisi dengan kandungan cerita menarik seperti cerita tradisi, fakta dan sebagainya yang diyakini mampu menghibur hati pembaca. Disamping itu, unsur-unsur humor dan jenaka perlu dititikberatkan oleh penulis kerana dapat menjadikan penulisan blog lebih segar dan menarik. Untuk penulisan yang berbentuk fakta, penulis harus mempersiapkan hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan tersebut agar tidak disalah tafsir oleh pembaca. Penulis juga hendaklah mencari info-info dan berita-berita terkini sebagai rujukan yang terbaik. Penggunaan perkataan yang baik dan struktur ayat ringkas amat digalakkan bagi mengelakkan pembaca berasa bosan dengan penulisan blog tersebut. Selain itu, pemilihan ayat dan kosa kata haruslah dapat dibaca dan difahami pembaca supaya tidak menimbulkan kekeliruhan dalam diri pembaca. Seorang penulis yang baik juga adalah seorang yang dapat berkomunikasi dengan para pembacanya. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan bilangan pembaca dan pengikut dalam penulisan blog. Namun begitu, penulis juga harus memastikan bahawa penulisannya mempunyai moral dan nilai estetika tinggi yang dapat memberikan maklumat dan ilmu bermanfaat kepada pembaca. Akhir sekali, penulis hendaklah melengkapi diri dengan ilmu yang luas untuk tujuan penulisan Pendidikan dan bersifat ilmiah.

Rujukan

1. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.
2. Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment