Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1: Datuk dan Nenek


       Cerita ini mengisahkan tentang sebuah keluarga besar yang terdiri daripada datuk, nenek, bapa, ibu, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Watak utama dalam cerita Datuk dan Nenek ini ialah seorang budak lelaki yang bernama Alim.
       Cerita bermula semasa dalam perjalanan pulang ke kampung datuk dan nenek Alim di Kajang. Alim berasa seronok dan tidak sabar untuk sampai ke kampung kerana ingin bermain dengan haiwan ternakan datuk dan neneknya, iaitu ayam dan itik. Ketika tiba di rumah datuk dan nenek, Alim pantas mencari-cari kelibat ayam dan itik di sekitar rumah. Perasaan Alim bertukar sedih dan marah, lalu menangis kerana tidak menjumpai ayam dan itik datuk dan neneknya itu. Mendengar suara Alim menangis, datuk dan nenek mendekati Alim sambil bertanya kenapa dia menangis. Alim pun menyatakan perihal ayam dan itik yang tidak ditemuinya. Dia menangis kerana menyangka bahawa ayam dan itik sudah mati. Sedih melihat Alim menangis, nenek pun menunjukkan reban ayam baru yang berada dekat di hadapan datuk. Alim pun berhenti menangis dan tersenyum riang melihat ayam dan itik kepunyaan datuk dan nenek.
       Tidak lama kemudian, Alim masuk ke dalam rumah datuk dan nenek. Melihatkan suasana dalam rumah datuk dan nenek yang berbeza, Alim kembali sedih dan menangis. Hal ini kerana Alim sekali lagi menyangka bahawa rumah datuk dan nenek sudah tiada. Nenek memujuk Alim dengan membawa Alim berkeliling rumah. Usai menangis, Alim menyertai abang Imran, kak Madinah dan Aisyah menonton televisyen di ruang tamu.
       Alim ketawa gembira bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah kerana menonton kartun. Suasana kampung yang mendamaikan membuat keluarga Alim semakin rapat. Perasaan Alim tenang kerana dia tahu di mana ayam, itik dan reban baru ayam dan itik kepunyaan datuk dan nenek.


Rujukan

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment