Friday 14 February 2020

TENTANG DIRI



Bismillahhirrahmanirrahim..


 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama saya Azurah Binti Amilkasan. Saya berusia 23 tahun dan merupakan seorang mahasiswi di Universiti Putra Malaysia. Saya dilahirkan pada 07 Disember 1997 di Kg. Sapang Air, sebuah kawasan pedalaman yang terletak di Daerah Kunak, Sabah. Saya ialah anak keenam daripada tujuh orang adik-beradik. Bapa saya merupakan Ketua Kampung di Kg. Sapang Air dan ibu saya pula suri rumah sepenuh masa. Alam persekolahan saya bermula di SK Kampung Selamat, Kunak semasa saya berusia tujuh hingga 12 tahun. Kemudian bersekolah menengah di SMK Kunak Jaya, Kunak sebelum berpindah ke SMK Madai, Kunak untuk menyambung pembelajaran di Tingkatan Enam. Saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) di Universiti Putra Malaysia dan kini berada di semester empat pengajian.

Saya selalu meluangkan masa dengan aktiviti bermain Video Games. Selain itu, saya juga suka melayari Internet terutama dalam mengumpulkan sesuatu maklumat yang baru saya ketahui.

No comments:

Post a Comment