Friday 6 March 2020

TAKSONOMI STRATEGI KOMUKASI

Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Taksonomi Strategi Komonikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Strategi Penggelakan atau Pengurangan
1.        Pengabaian/Peninggalan mesej
2.        2. Pengelakan topik
Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan
3.        Parafrasa (Circumlocution)
4.        Penghampiran
5.        Penggunaan perkataan semua tujuan
6.        Cipta perkataan bahatu (Word-coinage)
7.        Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8.        Terjemahan literal
9.        Pengantarabangsaan
10.     Pertukaran kod
11.     Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/Appeal for help Stalling
Stalling or Time-gaining Strategies
Penagguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12.     Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)
Rajah 7: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

        Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah 7) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengenalan topik, pertukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuah tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.

              Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Pertukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantic yang hamper sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterrusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada abahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.



No comments:

Post a Comment