Friday 6 March 2020

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS

Teori Analisis Wacana Kritis VanDijk 1977

VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema seseuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluab, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suartu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks

Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh VanDijk (1977)



No comments:

Post a Comment