Keputusan dan Perbincangan
Keputusan
dan perbingan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian
berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian
kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.
Blog
pengajian kesusasteraan adalah melibatkan beberapa genre termasuklah puisi,
cerpen, skrip drama dan pantun. Ramai antara penulis blog memilih salah salah
satu daripada genre kesusasteraan berikut untuk ditulis di dalam blog. Ramai penulis
blog berpendapat bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis. Mereka menggunakan
blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi
untuk kelas kesusasteraan dan juga berlatih menggunakan perkataan yang sesuai. Terdapat
juga diantara mereka yang menyatakan bahawa cerpen pendek senang untuk ditulis,
maka penyampaian yang disampaikan dalam cerita itu nudah difahami oleh semua
pembaca. Penulis menyatakan menulis skrip dengan menggunakan bahasa sasaran
adalah sesuai untuk penulisan blog. Dalam masa yang sama, pantun merupakan
genre yang bagus dan akan dibaca oleh kawan-kawan, keluarga dan orang lain.
Penulisan
blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan
penulis. Terdapat penulis yang menggunakan blog untuk menulis surat kerana ia
membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk menulis. Ramai juga penulis yang
berminat untuk meluahkan perasaan melalui blog. Mereka suka menulis tentang
perasaan terhadap bola sepak, alam mahupun kehidupan sehari-hari. Tidak kurang
juga ada penulis yang menulis teka-teki di dalam blognya. Hal ini kerana mereka
teruja untuk menyelesaikan teka-teki tersebut.
Seterusnya,
penulisan blog membantu di dalam proses
pembelajaran teknologi. Penulis menyukai video, audio dan fotografi kemudian dimasukkan ke dalam blog. Mereka menyatakan bahawa teknologi dapat memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu di dalam blog. Dengan kemasukan teknologi, mereka mempunyai hantaran yang lengkap di dalam blog.
No comments:
Post a Comment