Thursday, 30 April 2020

BBM3410Satu2020: Penceritaan dalam Bentuk Peta Minda

Penceritaan dalam Bentuk Peta Minda


Penceritaan dalam Bentuk Peta Minda

Aktiviti 1 di dalam Twitter
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

BBM3410Satu2020: Ringkasan Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Cerita bermula apabila bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan tempatan, antaranya rambutan, manggis, durian, langsat duku dan sebagainya. Abang Imran yang melihat bapanya itu pulang dengan membawa banyak buah-buahan terus bertanya di mana buah itu dibeli. Bapa memberitahu buah itu dibeli di Pasar Tani. Setelah itu, bapa menyuruh Abang Imran memanggil ibu, Kak Madinah, Alim dan Aisyah untuk makan Bersama. Sebelum makan, ibu memperingatkan agar sampah dari kulit buah-buahan itu dibuang ke dalam bekas yang telah disediakan. Ketika menikmati kelazatan buah-buahan itu, Alim teringat akan pesan ibu dan bapa iaitu berkongsi barang atau makanan adalah sesuatu perbuatan yang baik. Alim menanyakan kepada ibu untuk berkongsi sedikit buah-buahan itu dengan kawannya, Sulaiman. Ibu yang gembira mendengar pertanyaan Alim terus memasukkan beberapa buah rambutan dan manggis ke dalam plastik merah untuk diberikan kepada Sulaiman. Setelah itu, Alim memberikan plastik yang berisi buah-buahan itu kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Seusai makan Bersama keluarganya, Alim membantu mengemas rumah dan membawa sampah kulit buah-buahan itu ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah lalu menerima ucapan terima kasih dari Mak Cik Timah kerana telah memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Mak Cik Timah mendoakan kesihatan dan kesejateraan Alim sekeluarga kerana keistimewaan sifat yang dimiliki mereka sekeluarga.



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

BBM3410Satu2020

BAB 2 TWITTER DAN TREND TERKINI

Pengenalan

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)


Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Berdasarkan Normaliza Abd Rahim (2014) dalam tulisannya, beliau menyatakan bahawa penulisan cerita dapat memberi kesan besar kepada pelajar terutama semasa proses penulisan itu berlaku. Hal ini kerana semasa proses penulisan, pelajar dapat mengingat kembali momen-momen terjadinya sesuatu cerita serta dapat menelusuri maksud dan hikmah di sebalik kejadian cerita itu. Namun begitu, kerana kurangnya keyakinan dalam menghasilkan sesuatu penulisan, ramai pelajar tidak mengambil peluang untuk menyampaikan cerita-cerita mereka dalam penulisan.




Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

Tuesday, 17 March 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY

Ashiaaap Production 

JENIS- JENIS FLATLAY

Flatlay terdiri daripada empat jenis iaitu:
1. Flatlay 90 darjah.
2. Half Flatlay (45 darjah).
3. Quarter Flatlay (22.5 darjah).
4. Zero Flatlay.

Ahiaaap Production mempersembahkan video yang  memaparkan jenis-jenis dan contoh Flatlay.

Sila Tekan Link:


Friday, 6 March 2020

BBM3410Satu2020: Nota Asas Grafik

5 ELEMEN ASAS GRAFIK

1. MUDAH
Grafik (foto/video) yang dipaparkan mesti mudah difahami oleh penonton/pembaca.


2. WARNA
Kombinasi warna yang digunakan dalam satu grafik sewajarnya tidak melebihi tiga warna dan seharusnya penggunaan warna mengikut mesej yang ingin disampaikan.

3. TEKS
Penggunaan teks dalam persembahan grafik perlu sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan.

4. KESESUAIAN
Grafik yang dipaparkan bersesuaian dengan latar tempat, latar masa dan latar watak yang terdapat dalam foto atau video.

5. KESEIMBANGAN
Grafik yang dihasilkan perlu seimbang dari segi ruang atas, bawah, kiri dan kanan. Ruang kosong dan berat juga perlu seimbang.





















RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Penerbit UPM.

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

BAB 4: INSTAGRAM MENYERONOKKAN

Manfaat penggunaan Instagram


1. Instagram membantu cara merakam video.

    -menggunakan Instagram dapat membantu dalam mempelajari cara dan kaedah merakam video            dengan baik.

2. Instagram memberi peluang menonjolkan rutin harian kepada umum.
    -berkongsi rutin harian kepada umum melalui Instagram.

3. Instagram membantu mempelajari kamahiran dan benda baru.

    -pengguna dapat mempelajari banyak hal dan benda baru khususnya kemahiran-kemahiran dalam        menggunakan teknologi maklumat.

4. Instagram berupaya meningkatkan penggunaan teknologi.
    -pengguna boleh menggunakan pelbagai kegunaan teknologi tidak hanya bergantung kepada                penggunaan manual sahaja.

5. Instagram bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan berkongsi pengetahuan.
    -dapat meningkatkan semangat khususnya kepada pelajar-pelajar untuk mempelajari dan                      mengaplikasikan kemahiran baharu dan meluaskan pengetahuan yang sedia ada.

6. Instagram mencipta sukatan pelajaran baharu.
    -para pendidik boleh menggunakan Instagram sebagai pendekatan kepada penggunaan sukatan pelajaran yang baharu bagi memberi peluang kepada pelajar mengetahui sesuatu penbelajaran baharu.

7. Instagram mendedahkan mengggunakan teknologi dengan cara yang betul.
    -pengguna akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakam video atau                  mengambil gambar.




RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

BAB 6: Blog di Dalam Kelas Bahasa

Keputusan dan Perbincangan

Keputusan dan perbingan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.

          Blog pengajian kesusasteraan adalah melibatkan beberapa genre termasuklah puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Ramai antara penulis blog memilih salah salah satu daripada genre kesusasteraan berikut untuk ditulis di dalam blog. Ramai penulis blog berpendapat bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis. Mereka menggunakan blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan dan juga berlatih menggunakan perkataan yang sesuai. Terdapat juga diantara mereka yang menyatakan bahawa cerpen pendek senang untuk ditulis, maka penyampaian yang disampaikan dalam cerita itu nudah difahami oleh semua pembaca. Penulis menyatakan menulis skrip dengan menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai untuk penulisan blog. Dalam masa yang sama, pantun merupakan genre yang bagus dan akan dibaca oleh kawan-kawan, keluarga dan orang lain.

          Penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan penulis. Terdapat penulis yang menggunakan blog untuk menulis surat kerana ia membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk menulis. Ramai juga penulis yang berminat untuk meluahkan perasaan melalui blog. Mereka suka menulis tentang perasaan terhadap bola sepak, alam mahupun kehidupan sehari-hari. Tidak kurang juga ada penulis yang menulis teka-teki di dalam blognya. Hal ini kerana mereka teruja untuk menyelesaikan teka-teki tersebut.

          Seterusnya, penulisan  blog membantu di dalam proses pembelajaran teknologi. Penulis menyukai video, audio dan fotografi kemudian dimasukkan ke dalam blog. Mereka menyatakan bahawa teknologi dapat memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu di dalam blog. Dengan kemasukan teknologi, mereka mempunyai hantaran yang lengkap di dalam blog.