Thursday 30 April 2020

BBM3410Satu2020: Ringkasan Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Cerita bermula apabila bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan tempatan, antaranya rambutan, manggis, durian, langsat duku dan sebagainya. Abang Imran yang melihat bapanya itu pulang dengan membawa banyak buah-buahan terus bertanya di mana buah itu dibeli. Bapa memberitahu buah itu dibeli di Pasar Tani. Setelah itu, bapa menyuruh Abang Imran memanggil ibu, Kak Madinah, Alim dan Aisyah untuk makan Bersama. Sebelum makan, ibu memperingatkan agar sampah dari kulit buah-buahan itu dibuang ke dalam bekas yang telah disediakan. Ketika menikmati kelazatan buah-buahan itu, Alim teringat akan pesan ibu dan bapa iaitu berkongsi barang atau makanan adalah sesuatu perbuatan yang baik. Alim menanyakan kepada ibu untuk berkongsi sedikit buah-buahan itu dengan kawannya, Sulaiman. Ibu yang gembira mendengar pertanyaan Alim terus memasukkan beberapa buah rambutan dan manggis ke dalam plastik merah untuk diberikan kepada Sulaiman. Setelah itu, Alim memberikan plastik yang berisi buah-buahan itu kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Seusai makan Bersama keluarganya, Alim membantu mengemas rumah dan membawa sampah kulit buah-buahan itu ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah lalu menerima ucapan terima kasih dari Mak Cik Timah kerana telah memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Mak Cik Timah mendoakan kesihatan dan kesejateraan Alim sekeluarga kerana keistimewaan sifat yang dimiliki mereka sekeluarga.



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment