Friday, 28 February 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELURGA': BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak (Keluarga)

[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa Setiap Hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

Cerita Berkaitan Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak Bertajuk 'Keluarga'

Alim ialah seorang budak yang baik. Dia suka menolong ibu dan bapanya. Tanpa disuruh, Alim sendiri dengan suka hati menolong ibu dan bapa pada setiap hari. Alim membantu bapa mencuci kereta dan menolong ibu membersihkan dapur. Alim juga akan membersihkan kawasan rumah bersama-sama Abang Imran, kakak Madinah dan Aisyah pada setiap hujung minggu.
       Setiap tiba musim perayaan, Alim sekeluarga akan bergotong-royong membersihkan seluruh kawasan rumah mereka. Alim dan kakak Madinah juga ringan tangan menolong ibu membuat kuih-muih untuk hidangan hari raya. Abang Imran dan bapa pula akan keluar mencari buluh untuk membuat lemang. Aisyah pula akan turun tangan sekiranya ibu memintanya untuk menolong. Kelurga Alim sangat bahagia kerana melakukan kerja Bersama-sama.
       Tiba malam sebelum raya, Alim berpuas hati dan merasa gembira kerana dapat menolong ibu dan bapa. Alim tersenyum bangga di hadapan ibu, bapa, abang Imran, kakak Madinah dan Aisyah. Alim sayangkan ibu dan bapa. Alim sayangkan abang Imran, kakak Madinah dan Aisyah. Alim juga sayangkan nenek, datuk dan saudara-saudaranya. Alim rasa bertuah kerana sentiasa ada mereka yang menolongnya disaat memerlukan bantuan.

Lukisan Alim sekelurga by me huhu.. :)

Monday, 24 February 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test

Ashiaaap Production
1. Awadah binti Mohamad (195903)

2. Nurul Nabila Binti Jaffar (197296)

3. Siti Zahiriah binti Rashid (197689)

4. Nur Emy Nadira binti Rosli (199780)

5. Azurah Binti Amilkasan (198231)

6. Siti Nur Athirah binti Roslan (199801)

7. Nurul Najah Binti Ramli (199844)

8. Nur Hafizah binti Mohamed (199851)

9. Nur Aireena Nasrin binti Remizan (199904)

10. Nurul Asmaa binti Abd Kadir (199905)

11. Nur Aziemah Binti Jasman (199909)


SOALAN


1. Apakah Rule of third?

Teknik fotografi yang penting. Ia boleh digunakan untuk mana-mana subjek untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi.


2. Apakah jenis asas fotografi berdasarkan gambar dihadapan?

Mug shot kerana gambar memfokuskan kepada orang dihadapan dengan jarak yang dekat dan juga latar belakang yang tiada apa-apa corak yang menyebabkan hanya berfokus pada gambar orang dihadapan.


3.Apakah jenis asas fotografi berdasarkan gambar dihadapan?

Pemandangan kerana memfokuskan pemandangan yang diingini. Gambar diambil jelas meluas untuk menunjukkan pemandangan dan tidak memfokuskan pada sesuatu yang dekat.

Friday, 21 February 2020

keluarga

skrerrr

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

SINOPSIS

Berdasarkan cerita Sosial 2, iaitu Saya yang Istimewa memaparkan keistimewaan watak Alim, seorang kanak-kanak yang suka berkongsi sesuatu benda atau perkara kepada orang lain. Hal ini menimbulkan perasaan sayang dan gembira dalam hati ibu dan bapa Alim serta Mak Cik Timah, ibu kepada Sulaiman.

Cerita bermula apabila bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan tempatan, antaranya rambutan, manggis, durian, langsat duku dan sebagainya. Abang Imran yang melihat bapanya itu pulang dengan membawa banyak buah-buahan terus bertanya di mana buah itu dibeli. Bapa memberitahu buah itu dibeli di Pasar Tani. Setelah itu, bapa menyuruh Abang Imran memanggil ibu, Kak Madinah, Alim dan Aisyah untuk makan Bersama. Sebelum makan, ibu memperingatkan agar sampah dari kulit buah-buahan itu dibuang ke dalam bekas yang telah disediakan. Ketika menikmati kelazatan buah-buahan itu, Alim teringat akan pesan ibu dan bapa iaitu berkongsi barang atau makanan adalah sesuatu perbuatan yang baik. Alim menanyakan kepada ibu untuk berkongsi sedikit buah-buahan itu dengan kawannya, Sulaiman. Ibu yang gembira mendengar pertanyaan Alim terus memasukkan beberapa buah rambutan dan manggis ke dalam plastik merah untuk diberikan kepada Sulaiman. Setelah itu, Alim memberikan plastik yang berisi buah-buahan itu kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Seusai makan Bersama keluarganya, Alim membantu mengemas rumah dan membawa sampah kulit buah-buahan itu ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah lalu menerima ucapan terima kasih dari Mak Cik Timah kerana telah memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Mak Cik Timah mendoakan kesihatan dan kesejateraan Alim sekeluarga kerana keistimewaan sifat yang dimiliki mereka sekeluarga.


Gambar 1: Sebahagian daripada kandungan cerita social Saya yang Istimewa

Rujukan

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH


 
Tugasan kursus BBM3410 untuk hari ini :)


NAMA: AZURAH BINTI AMILKASAN
NO MATRIK: 198231


Monday, 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Ashiaaap Production (KUMP 4)

Senarai Ahli
1. Awadah binti Mohamad (195903)
2. Nurul Nabila Binti Jaffar (197296)
3. Siti Zahiriah binti Rashid (197689)
4. Azurah Binti Amilkasan (198231)
5. Nur Emy Nadira binti Rosli (199780)
6. Siti Nur Athirah binti Roslan (199801)
7. Nurul Najah Binti Ramli (199844)
8. Nur Hafizah binti Mohamed (199851)
9. Nur Aireena Nasrin binti Remizan (199904)
10. Nurul Asmaa binti Abd Kadir (199905)
11. Nur Aziemah Binti Jasman (199909)

ASAS GRAFIK


Terdapat 5 perkara dalam asas grafik yang perlu dititikberatkan, iaitu:

1. Mudah
2. Teks
3. Warna
4. Kesesuaian
5. Keseimbangan


Perbincangan semua ahli Ashiaaap Production dalam memilih grafik yang bersesuaian dengan asas grafik.


     

Proses kerja yang dilakukan oleh semua ahli Ashiaaap Production termasuklah menentukan grafik, menggunting huruf dan nombor, menyusun serta menampal grafik pada Mounting Board.


Blanket Test

Ashiaaap Production (Kump. 4)



Soalan:

1. Berapa huruf dalam perkataan WARNA? 

Jawapan:
- Terdapat 5 huruf dalam perkataan warna. (1 markah)