Thursday 30 April 2020

BBM3410Satu2020: Penceritaan dalam Bentuk Peta Minda

Penceritaan dalam Bentuk Peta Minda


Penceritaan dalam Bentuk Peta Minda

Aktiviti 1 di dalam Twitter
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

BBM3410Satu2020: Ringkasan Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Cerita bermula apabila bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan tempatan, antaranya rambutan, manggis, durian, langsat duku dan sebagainya. Abang Imran yang melihat bapanya itu pulang dengan membawa banyak buah-buahan terus bertanya di mana buah itu dibeli. Bapa memberitahu buah itu dibeli di Pasar Tani. Setelah itu, bapa menyuruh Abang Imran memanggil ibu, Kak Madinah, Alim dan Aisyah untuk makan Bersama. Sebelum makan, ibu memperingatkan agar sampah dari kulit buah-buahan itu dibuang ke dalam bekas yang telah disediakan. Ketika menikmati kelazatan buah-buahan itu, Alim teringat akan pesan ibu dan bapa iaitu berkongsi barang atau makanan adalah sesuatu perbuatan yang baik. Alim menanyakan kepada ibu untuk berkongsi sedikit buah-buahan itu dengan kawannya, Sulaiman. Ibu yang gembira mendengar pertanyaan Alim terus memasukkan beberapa buah rambutan dan manggis ke dalam plastik merah untuk diberikan kepada Sulaiman. Setelah itu, Alim memberikan plastik yang berisi buah-buahan itu kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Seusai makan Bersama keluarganya, Alim membantu mengemas rumah dan membawa sampah kulit buah-buahan itu ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah lalu menerima ucapan terima kasih dari Mak Cik Timah kerana telah memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Mak Cik Timah mendoakan kesihatan dan kesejateraan Alim sekeluarga kerana keistimewaan sifat yang dimiliki mereka sekeluarga.



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

BBM3410Satu2020

BAB 2 TWITTER DAN TREND TERKINI

Pengenalan

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)


Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Berdasarkan Normaliza Abd Rahim (2014) dalam tulisannya, beliau menyatakan bahawa penulisan cerita dapat memberi kesan besar kepada pelajar terutama semasa proses penulisan itu berlaku. Hal ini kerana semasa proses penulisan, pelajar dapat mengingat kembali momen-momen terjadinya sesuatu cerita serta dapat menelusuri maksud dan hikmah di sebalik kejadian cerita itu. Namun begitu, kerana kurangnya keyakinan dalam menghasilkan sesuatu penulisan, ramai pelajar tidak mengambil peluang untuk menyampaikan cerita-cerita mereka dalam penulisan.




Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.